Sunday, September 5, 2010

Ucapan Terima Kasih & Setinggi-tinggi Penghargaan - Majlis Iftar Jamai Berjalan Lancar

Jawatan Kuasa Persatuan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh penduduk Taman Desa Duyong Fasa IV yang telah menghadiri Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Arwah di rumah Puan Norita ( Allahyarham En Bidin Bin Baba ) pada petang tadi 26 Ramadhan 1431H / 5 Sept 2010M. Jutaan terima kasih kepada Al-Ustaz Ismail Abd Jabbar yang telah memimpin majlis tersebut. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas segala sumbangan wang ringgit, juadah berbuka puasa, tenaga dan apa sahaja bagi menjayakan majlis tersebut. Semoga Allah Taala mengganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran.

JK Persatuan 2010-2012

Saturday, September 4, 2010

Jemputan Ke Majlis Tahlil Arwah & Berbuka Puasa (Iftar Jama'i) Peringkat Tmn Desa Duyong Fasa IV

Kepada seluruh penduduk Taman DD Fasa IV,


Tuan/Puan sekeluarga dijemput untuk menghadiri majlis yang tesebut di atas pada :

Tarikh : 5 September 2010
Hari : Ahad
Masa : 6.00 petang
Tempat : Rumah Puan Norita ( Allahyarham En. Bidin Bin Baba )

Aturcara Majlis :
6.00pm - Ucapan Pengerusi Taman
6.15pm - Bacaan Surah Yasin
6.30pm - Tahlil Arwah
6.50pm - Tazkirah Ramadhan
7.10pm - Doa
7.16pm - Berbuka Puasa (Iftar Jamai')
7.20pm - Solat Maghrib Berjamaah
7.30pm - Jamuan Makan & Bersurai

Kehadiran tuan/puan dapat menyerikan lagi majlis tersebut.
Sekian dimaklumkan.
"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

JK Persatuan Sesi 2010-2012

SELAMAT DATANG KE BLOG TAMAN DESA DUYONG FASA IV

Kami Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Desa Duyong Fasa IV mengambil inisiatif untuk melancarkan blog interaktif persatuan bagi menyalurkan maklumat dan aktiviti berkaitan dengan persatuan. kami mengalu-alukan sokongan seluruh penduduk taman dalam menjayakan segala program dan aktiviti persatuan demi kebajikan kita bersama.

JK Persatuan.